Wednesday, October 12, 2011

Tips Mewarna Buttercream


Salam semua...kali ni nak share tips mewarna buttercream sebagai panduan kita bersama. Memang susah nak dptkan warna-warna tertentu lebih2 lagi sebab mmg tak de dijual di kedai. especially nak dptkan warna hitam ni...sebab warna hitam yg ada kat kedai pon...walaupun dah letak byk dia jd mcm kelabu...not healthy lah kan..boh pewarna byk2..mmg kena campur ngan warna lain.tips2 warna lain pon camtu..untuk dapatkan warna yg cantik..kita mesti campur warna tu ngan warna lain..contohnya hijau..kalau kite beli pewarna hijau..jgn hanya boh hijau tu saja...cuba main warna..tambah sikit warna kuning..nanti kite akan dpt hijau yg cantek...kalo warna pink..cuba tambah warna merah sikit...pon akan dpt pink yg cantek..gitu lah ngan warna2 lain..try add warna lain sikit..mari kite tgk utk dptkan warna tertentu..apa campuran warna yg perlu kita buat..

HITAM:

Kombinasi royal blue + merah + oren + kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Pewarna hitam sendiri tidak dapat menghasilkan warna hitam sebenar. dia akan jd mcm warna kelabu.so kalau dah ada pewarna hitam tambahkan hitam dengan sedikit brown.

GOLD:
10 bahagian lemon yellow + 3 bahagian oren +
1 bahagian merah

COKLAT:
Merah + hijau dapat menghasilkan warna cokelat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid dalam ising (jus lemon & cream of tar tar sebagai contoh), jadi elakkan penggunaan asid. Campurkan 1/4 sudu teh air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam buttercream untuk menghapuskan ton hijau. Nak senang, gantikan penggunaannya dengan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko.

MERAH:
Campurkan pewarna merah dalam buttercream dan disimpan 24 jam sebelum digunakan. Disarankan semakin lama disimpan semakin terang warnanya.Merah yg cantik kalo guna jenama chefmaster..saya suka guna chrismas red..terang merahnya.

UNGU:
Pastikan susu dicampurkan dalam pewarna untuk mengelakkan buttercream menjadi warna biru pudar.

PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih +
1 bahagian mana-mana warna pilihan

APRIKOT:
2 bahagian oren campur + 1 bahagian golden yellow

AQUA:
5 bahagian sky blue + 1 bahagian hijau daun/leaf green

AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow + 1 bahagian leaf green +
sedikit warna hitam

BURGUNDY:
5 bahagian rose pink + 1 bahagian violet

CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow + 1 bahagian hijau daun

RUST:
8 bahagian oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian brown

COPPER:
1 bahagian golden yellow + 1 bahagian brown +
1 bahagian christmas red

CORAL:
3 bahagian rose pink + 2 bahagian lemon yellow

LAVENDER:
5 pink + 1 bahagian violet

SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam + 1 bahagian biru


TURQOISE:
6 bahagian biru + 1 bahagian lemon yellow

TEAL:
9 bahagian sky blue + 1 bahagian lemon yellow

MAUVE:
5 bahagian rose pink + 2 bahagian oren + 2 bahagian merah +
1 bahagian hitam

PLUM:
1 bahagian violet + sentuhan christmas red

MAROON:
4 bahagian merah + 1 bahagian burgundy

MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow + 2 bahagian violet

NAVY BLUE:
1 bahagian sky blue + 1 bahagian violet

GRAPE:
1 bahagian sky blue + 6 bahagian rose pink

Selamat Mencuba :)

sumber tips: thanks to Maria Ck Mikheelhttp://www.bloglovin.com/m/2883410/306686339/fb .

 
Copyright © Nicely Feeling ~~More Than Just Party n Cakes! | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in