tips : jika nak beli nozzle..sebaiknya jgn beli yg jual satu set tu...sebab bukannya kita pakai semua...baik beli yg loose punye..sebab kadang2 satu jenis nozzle tu kita nak pakai lebih dari satu..supaya senang kerja tak payah nak tukar2 nozzle..melambatkan kerja bila nak dptkan bentuk yg sama dgn warna berlainan...so beli loose ada pilihan terbaik..
Friday, September 21, 2012
Bentuk Nozzle dan Hasilnya
tips : jika nak beli nozzle..sebaiknya jgn beli yg jual satu set tu...sebab bukannya kita pakai semua...baik beli yg loose punye..sebab kadang2 satu jenis nozzle tu kita nak pakai lebih dari satu..supaya senang kerja tak payah nak tukar2 nozzle..melambatkan kerja bila nak dptkan bentuk yg sama dgn warna berlainan...so beli loose ada pilihan terbaik..
Wednesday, October 12, 2011
Tips Mewarna Buttercream
Salam semua...kali ni nak share tips mewarna buttercream sebagai panduan kita bersama. Memang susah nak dptkan warna-warna tertentu lebih2 lagi sebab mmg tak de dijual di kedai. especially nak dptkan warna hitam ni...sebab warna hitam yg ada kat kedai pon...walaupun dah letak byk dia jd mcm kelabu...not healthy lah kan..boh pewarna byk2..mmg kena campur ngan warna lain.tips2 warna lain pon camtu..untuk dapatkan warna yg cantik..kita mesti campur warna tu ngan warna lain..contohnya hijau..kalau kite beli pewarna hijau..jgn hanya boh hijau tu saja...cuba main warna..tambah sikit warna kuning..nanti kite akan dpt hijau yg cantek...kalo warna pink..cuba tambah warna merah sikit...pon akan dpt pink yg cantek..gitu lah ngan warna2 lain..try add warna lain sikit..mari kite tgk utk dptkan warna tertentu..apa campuran warna yg perlu kita buat..
HITAM:
Kombinasi royal blue + merah + oren + kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Pewarna hitam sendiri tidak dapat menghasilkan warna hitam sebenar. dia akan jd mcm warna kelabu.so kalau dah ada pewarna hitam tambahkan hitam dengan sedikit brown.
GOLD:
10 bahagian lemon yellow + 3 bahagian oren +
1 bahagian merah
COKLAT:
Merah + hijau dapat menghasilkan warna cokelat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid dalam ising (jus lemon & cream of tar tar sebagai contoh), jadi elakkan penggunaan asid. Campurkan 1/4 sudu teh air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam buttercream untuk menghapuskan ton hijau. Nak senang, gantikan penggunaannya dengan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko.
MERAH:
Campurkan pewarna merah dalam buttercream dan disimpan 24 jam sebelum digunakan. Disarankan semakin lama disimpan semakin terang warnanya.Merah yg cantik kalo guna jenama chefmaster..saya suka guna chrismas red..terang merahnya.
UNGU:
Pastikan susu dicampurkan dalam pewarna untuk mengelakkan buttercream menjadi warna biru pudar.
PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih +
1 bahagian mana-mana warna pilihan
APRIKOT:
2 bahagian oren campur + 1 bahagian golden yellow
AQUA:
5 bahagian sky blue + 1 bahagian hijau daun/leaf green
AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow + 1 bahagian leaf green +
sedikit warna hitam
BURGUNDY:
5 bahagian rose pink + 1 bahagian violet
CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow + 1 bahagian hijau daun
RUST:
8 bahagian oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian brown
COPPER:
1 bahagian golden yellow + 1 bahagian brown +
1 bahagian christmas red
CORAL:
3 bahagian rose pink + 2 bahagian lemon yellow
LAVENDER:
5 pink + 1 bahagian violet
SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam + 1 bahagian biru
TURQOISE:
6 bahagian biru + 1 bahagian lemon yellow
TEAL:
9 bahagian sky blue + 1 bahagian lemon yellow
MAUVE:
5 bahagian rose pink + 2 bahagian oren + 2 bahagian merah +
1 bahagian hitam
PLUM:
1 bahagian violet + sentuhan christmas red
MAROON:
4 bahagian merah + 1 bahagian burgundy
MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow + 2 bahagian violet
NAVY BLUE:
1 bahagian sky blue + 1 bahagian violet
GRAPE:
1 bahagian sky blue + 6 bahagian rose pink
Selamat Mencuba :)
sumber tips: thanks to Maria Ck Mikheelhttp://www.bloglovin.com/m/2883410/306686339/fb .
Tuesday, May 11, 2010
Jenis2 Tepung
ada beberapa jenis tepung. Kadang2 dalam resepi nak buat cake ada yg tulis tepung superfine..ada tepung gandum..ada tepung naik sendiri...so bezanya antara tepung2 tu...spt dibawah..saya gunakan tepung superfine untuk membuat cake...
Tepung Superfine:
Tekstur tepung ni lebih halus dari tepung gandum biasa...mcm self raising flour cuma tak ada serbuk penaik di dalamnya. Tekstur cake akan lebih cantik kalau guna tepung ni..
Tepung Gandum :
Guna tepung gandum pon ok juga...kalau tak ada superfine...cuma testur cake tidak secantik kalau kita guna tepung superfine..beza harga tepung gandum ngan superfine sen2 je..tak byk..so lebih baik guna superfine..
Tepung Self Raising/Tepung Naik Sendiri:
Tepung ni dah ada kandungan soda bikarbonat/baking powder. jdnya kalau guna tepung ni..dua bhn penaik tu tak perlu letak lagi...andaikata resepi ada buat tu guna tepung naik sendiri ni..tp ada ada tepung superfine/gandum je..caranya anda ayak 250g tepung + 1 tbs serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.









